Keluarga mommy irra


Ini lah orang-orang yang saya sayang. Tanpa mereka siapa lah saya. 


Gambar di atas: Abang sulong. Shamsul Bahraen (Matahari dua lautan). Dah umur 42 tahun. Anak ada 6 orang. 


Gambar di atas: Kakak ipar/ isteri abang Sham. (Tak suka tengok gambar sendiri dalam ni. Adoi pipi bolat sangat. Tapi ini je gambar kakYah yg ada. Huhuhu)


Gambar di atas: Anak abg Shamsul nombor 1. Fatin Nadhrah. Umur 14 tahun. 

Dalam 6 beradik, mommy irra yang paling kecil dan paling comel. Ahahaha. Anak saudara makin meninggi dan akan melawan makciknya.


Gambar di atas: Angah anak abang shamsul nombor 2. Wani Muslihah. UPSR baru ni dapat 4A1B. Tahniah angah!


Gambar di atas: Alang, anak nombor 3 abang Shamsul. Aina Bushra. Tahun depan UPSR.


Gambar di atas: Acik, anak nombor 4 abang Shamsul, Uzma Batrisya. Umur 8 tahun.


Gambar di atas: anak nombor 5 abang Shamsul. Irfan Darwisy. Umur 5 tahun kot. Aduhh makcik dah tua ke tak ingat umur anak-anak saudara ni.


Gambar di atas: anak nombor 6 abang shamsul. Muhammad Izzul Islam. Izzul umur setahun lebih. 


Gambar di atas: Abang nombor 2 mommy irra. Zainuddin. Muda setahun dari abang Shamsul. Kawen sama tahun mommy irra kawen, 2010. 

Kak ipar, kak Zanis.
Anak nombor 1: Arissa Qaisara, 4tahun
Anak nombor 2: Muhammad Nafis, setahun lebih



Gambar di atas: Kakak sulong, Kak Suhaila. Anak ada 3 orang. Kenduri kak Suhaila dan Abang Shamsul buat sekali 9-9-1999 (kenduri kahwin pertama). Masa tu mommy irra Tingkatan 1. 


Gambar di atas: anak nombor 1 kak Suhaila, Saiful Adli. Sebaya Fatin Nadhrah. Adli merupakan cucu sulong abah dan mak. 



Gambar di atas: anak nombor 2 kak Suhaila, Adlina Suraya. Sebaya Aina Bushra. Good luck UPSR tahun hadapan!



Gambar di atas: anak nombor 3 kak Suhaila, Irdina Safiah. Sebaya Uzma Batrisya. 


Gambar di atas: Kakak nombor 2, Ruhilah. Kak kahwin sekali abang Zainuddin bukan Mac 2010. Kenduri kahwin yang kedua. So dah lepas 4 orang.

Mommy irra pulak kahwin 12-12-2010 dan hari kenduri 23-12-2010. Dalam tahun 2010 sahaja abah mak dapat 3 menantu. 


Gambar di atas: anak nombor 1 kak Ruhilah, Nur Amni Yusra. 4 tahun.


Gambar di atas: anak nombor 2 kak Ruhilah, Ahmad Amzar. Tua sehari dari Anis Insyirah. 


Gambar di atas: adik bongsu. Ini je gambar yg ada masa hari kenduri di Segamat. 

Mommy irra ada 2 orang abang, 2 orang kakak dan seorang adik. Anak saudara 13 orang. Anak sendiri 2 orang. Hehe

Habis semua anak mak abah dah kahwin. Nak tunggu majlis kahwen sepupu-sepupu la pulak. 

4 comments:

  1. kak ira dengan anak buah nampak sebaya je :)

    ReplyDelete
  2. nama sue sama dgn kak suhaila kalo tambah h di belakang :)

    ReplyDelete
  3. satu family ke mama bergambar? hihihi. happy family :)

    ReplyDelete