Cara menggunakan pengasah pisau Ikea


Beberapa hari lepas mommy ada buat entri Pengasah Pisau Ikea. Ada yang bertanya macam mana nak guna pengasah pisau tu. Jadi mommy jawab di sini ya. Sangat mudah. Boleh ikut seperti dalam gambar di bawah:


Letakkan pisau seperti dalam gambar. Gerakkan mata pisau ke atas dan ke bawah beberapa kali. 


Pegang lah ye pengasah tu. Mommy tak pegang sebab tangan sebelah lagi nak snap gambar. 

Macam mana nak tahu dah tajam ke belum? Sila lah gunakan pisau tersebut. Jangan sampai terhiris jari ye. Tajam tuu

Jadi, anda tak perlu lagi mencari batu ketul untuk mengasah pisau.

4 comments:

  1. awat rasa ngilu je gigi ni tengok gambar tu... huaaaaa..... sha guna alu lesung je mengasah pisau... haha

    ReplyDelete
  2. owh mudah dah tu..
    sng kalo kt rewang2..

    ReplyDelete