Big Hero 6 Movie di e@Curve


Minggu ni memang mommy dan daddyG plan nak bawa Adam Rayyan dan Anis Insyirah tengok wayang cerita Big Hero 6. Setiap kali iklan Big Hero 6, Adam Rayyan mesti pergi depan TV. 

Selepas event Air Asia Kids Food Fun di KidZania, kami terus ke The Curve. Masa ni dah pukul 12 tengah hari. Slot cerita Big Hero 6 yang paling awal ditayangkan pada pukul 1. 

Sementara nak tunggu tu, kami pergi makan dulu. Anis Insyirah dah tidur; memang masa tidur dia pon. Bila wayang bermula, Anis Insyirah pon bangun. Semua layan cerita Big Hero 6 dari awal sampai habis. 

Plan asal, daddyG nak beli tiket wayang di TGV beanieplex. Memandangkan cerita Big Hero 6 tak ada tayangan di beanieplex pada masa ini, kami beli aja couple seat. Panggung tak penuh sebab cerita ni pon dah lama tayang; mula 13hb Noverber 2014 kalau tak silap, dan couple seat di sebelah kosong, Adam Rayyan duduk kat situ. Ahaa puas la tengok wayang.


Cerita Big Hero 6 mengisahkan Robotik ajaib Hiro (Ryan Potter) hidup di kota San Fransokyo. Selain abangnya, Tadashi, sahabat terdekat Hiro adalah Baymax (Scott Adsit), sebuah robot yang tujuan utamanya adalah untuk menjaga orang. Baymax ini yang membuat kami gelak tak henti sepanjang tengok cerita Big Hero 6 ini. Comel dan sangat kelakar.


Detik-detik adventure cerita Big Hero 6 boleh dikatakan bermula selepas kematian abang Hiro, Tadashi. 


Siapakah watak jahat dalam cerita ini?
Kenapa Hiro mahu membalas dendam di atas kematian abangnya Tadashi?
Siapakah yang membunuh Tadashi?
Apakah yang berlaku sebenarnya?
Haa  yang ni semua kena tengok sendiri.



Cerita ni best sangat. Kalau tidak takkan Adam Rayyan dan Anis Insyirah layan dari awal sampai habis kan. Ini merupakan kali kedua anak-anak tengok wayang. Cerita wayang pertama mereka adalah Transformers 4.

Pengajaran daripada cerita ini: Setiap perkara yang berlaku adalah ketentuanNya. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita tak boleh berputus asa dan perlu teruskan kehidupan.


6 comments:

  1. besttnyee bile plak dapat pegi..huhu...

    btw kak ira, thanx rajin komen di blog anis :)

    http://adnan-daughter.blogspot.com/2014/12/yang-rajin-komen-blog-qaseh-ku-november.html

    ReplyDelete
  2. ann dah lama tak tengok wayang..huhu....T_T

    ReplyDelete
  3. Semalam ke OU dapat la layan Penguin Madagascar
    Plan nak Big Hero 6 tapi show malam memang tak sempat la
    Kena cari gak slot ni dengan anak2 nanti

    ReplyDelete
  4. Sudah lama tak menjejakkan kaki ke panggung wayang sejak lahirkan Dahlia..

    ReplyDelete
  5. hmmm rayyan nak tengok atau Daddy G yang sebenarnya nak tengok ni haha

    ReplyDelete
  6. seronok adam & anis tengok wayang ye...syiok sangat...

    ReplyDelete