Swimming pool jimat


Siapa tak suka main air kan? Tambahan pula di musim panas ni. Bandar Bukit Raja tak ada hujan walaupun semalam ada kawan-kawan dari kawasan Putrajaya bagitau kata hujan dan cuaca sejuk di sana. Semoga tempias hujan menuju ke sini. Aaminn.

Nak buka pool mereka hari-hari jenuh melambung bil air rumah ni. Maka kita gunakan pool jimat. Hehehe.


Boleh memuatkan mereka berdua. 



So ini adalah aktiviti harian mereka. Jangan la biar mandi berjam-jam. Cukup sekadar menyejukkan badan yang panas dan menggembirakan hati mereka. 

Selalu Anis Insyirah akan menangis sebab Adam Rayyan simbah air kena dia. So tak ada la nak mandi lama-lama.

Jimat kan? He he he



7 comments: