Petua hilangkan / merawat batuk


Hari ini mommy Irra nak share petua merawat/menghilangkan batuk. Tak perlu nak jumpa doktor dan makan apa-apa ubat a.k.a drug. Petua ni mommy dapat dari seorang herbalist China. Katanya ibu mengandung jangan makan ubat. Tak baik untuk baby.

Petua mudah sahaja. Dapatkan sebiji buah lai yang besar berwarna coklat seperti dalam gambar di bawah.


Kupas dan potong kecil-kecil. Kemudian masukkan ke dalam bekas kaca yang bertutup. Stim selama 4 jam. 


Minum air buah yang telah di stim tadi.


Mommy punya batuk hari tu dah nak baik setelah ke klinik. Kemudian batuk kembali. Alhamdulillah setelah amal macam herbalist cakap, batuk tu semakin baik.

13 comments: