Pengasuh, taska atau jaga anak sendiri?


Mommy, mama, ibu, ummi atau emak memang kena menjadi seorang yang sangat penyabar melayan anak-anak. Sesiapa yang nak menjadi pengasuh bayi/kanak-kanak pon wajib memiliki kesabaran seorang ibu. Walau belum menjadi seorang ibu sekali pon. Kasih sayang tak berbelah bahagi terhadap anak asuhan tersebut akan melahirkan kesabaran yang tinggi.

Kadang-kadang mommy pon boleh hilang sabar. Mommy kena sentiasa berfikiran waras. Budak-budak tak reti apa lagi. Kalau mereka dah reti, ada mereka nak buat? Sabar. Sabar.

Banyak sungguh kes penderaaan di taska/ rumah pengasuh. Dari zaman tak ada anak, sehingga anak nak masuk 3 orang. Sebab tu jugak la daddyG suruh mommy jaga anak sendiri. 

Bukan senang nak hidup di bandar dengan hanya seorang yang bekerja. Tapi daddyG tu jenis sanggup ikat perut demi keluarga. Mana ada hiburan dah lepas kahwin kecuali lepak dengan family tengok movie di rumah. 

Thank you daddy memberikan kami keselesaan dan kegembiraan. Setiap hari ada nasihat buat mommy. "Sabar sayang".


Adam Rayyan main lego. Anis Insyirah tengah menangis terpijak kunci. Dia juga la yg suka main kunci dan letak merata. Ha ha ha.

link

Mommy duduk di rumah jaga anak tak bererti mommy boleh menjadi babysitter. Serius cakap mommy memang tak berkelayakan menjadi babysitter. Jaga anak sendiri cukup. He he he bagi 5-6 ratus pon tak nak. Bagi 10 ribu macam driver Melina tu okey gak. Ha ha ha mana ada zaman sekarang orang nak bagi kau 10 ribu sedebuk macam tu. Berangan je la labu.

Kalau rasa apa yang mommy irra dan daddyG rasa, kena la jaga anak-anak sendiri. 

Hari-hari daddy pesan kat mommy "Jaga anak elok-elok".

Hari-hari daddy pesan kat adam rayyan "Jaga adik baik-baik".

Kalau hantar kat pengasuh atau taska, kena la siasat dulu sejarah tempat tu. Pastu sesekali kena buat lawatan mengejut. Tapi selagi tengok anak macam bahagia je tu, insyaAllah tak ada apa-apa.

13 comments:

  1. Dah pernah lalui pglmn hntr ank ke taska. Alhamdulillah skrg diberi peluang jg ank sendiri.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah stkt ni pengasuh anak sy baik2 aje..

    ReplyDelete
  3. sama dengan saya la..dok umah jaga anak2.suami saya pun jenis tak percaya kat orang untuk jaga anak2 dia..

    ReplyDelete
  4. setuju mommy.. tp sy x nekad lg utk benti keja dan jaga permata hati...

    ReplyDelete
  5. Jarang betul ada suami yang sanggup ikat perut untuk kebahagian keluarganya. Daddy G sanggup tak nak menswastakan kasih sayang anak kepada orang lain. Kesian Anis Insyirah sebab terpijak kunci.

    ReplyDelete
  6. lagi puas hati bila dapat melihat anak besar depan mata, tp ada kalanya keadaan memaksa tidak boleh tidak kena juga cari pengasuh (tidak mahu jadi pengasuh dirayu juga sampai jadi). Dilema pengasuh juga sering dihantui 'ketakutan/kerisauan' dipersalahkan , bertapa sukarnya menjaga anak orang dengan situasi sekarang.

    ReplyDelete
  7. semestinya aida pilih ~ jaga anak sendiri la.
    tapi apa kan daya, tuntutan kerja tak boleh nak dikorbankan lagi.
    anak pertama dan kedua ~ pengasuh. memang tak nak anta taska dulu.
    but after anak pengasuh buat hal dgn anak dara aida, terus anta dua org tu ke taska.
    and hingga la bersalin kan anak ke3, di taska yg sama.
    alhamdulillah takde masalah. syukur sgt...

    untung la sesape dpt jaga anak sendiri!!! aida suka :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah, Mommy Irra coz mendapat seorang suami yang penyayang :)

    ReplyDelete
  9. sweet daddyG.. suami dan ayah yang terbaik... Alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  10. Beruntungnya mommy ira yang dapat menjaga sendiri anak-anak.

    ReplyDelete
  11. bagi sis JM better jaga sendiri baru rasa puah hati

    ReplyDelete