Obses dengan makanan


Anis Insyirah sangat obses dengan makanan. Sedia je makanan sepanjang dia berjaga. Maka baik lah mood dia.

Tadi g rumah blogger kak salina johari, dia tengok ramai sangat kawan sehingga leka bermain. Taknak makan. 

Sampai je di rumah, dia geledah semua makanan yang kak sal tapaukan. 


Dia makan bersungguh sehingga habis kek pisang. Adam Rayyan makan juga tapi tak sebanyak Anis Insyirah.


Dah habis kek pisang, dia nak nasi. Dia cuba sedaya upaya nak buka ikatan nasi. Alahai anak. Sabar la sayang.


Makan pon dia belasah kiri dan kanan. Uhuhuhu. Seronok sebenarnya anak suka makan ni. Kalau anak tak nak makan, rasa susah hati.


Tapi bila dah obses dengan makanan ni geram gak! Hahaha layan jela.

3 comments:

  1. Ank no 2 mcm tu kot ragamnye.. hihu..

    ReplyDelete
  2. betul..sya pun anak2 suka makan..semangt nak masak macam2,.hehe

    ReplyDelete