Halfway! 20 Weeks Pregnant!


Tahniah! Mommy dah separuh jalan! Tinggal 20 minggu sahaja lagi. Jantina babyB tak tahu. So mommy belum mula shopping apa-apa. Banyak lagi masa (✿◠‿◠) 

Baby mommy adalah saiz pisang!
Berat baby kira-kira 10.2 auns dan panjang kira-kira 6.5 inci. 


Baby mommy pada 20 minggu
Baby menelan beberapa auns air ketuban setiap hari.

Gejala kehamilan pada 20 minggu
  • Keputihan. 
  • Kejang kaki. Kerap lakukan regangan dan minum banyak air.
  • Pedih ulu hati dan / atau gangguan pencernaan.
  • Rasa lebih bertenaga berbanding 1st trimester.
  • Bengkak ringan. Jangan bimbang. Ini akan hilang setelah melahirkan. 
  • Sesak nafas. Rahim semakin membesar, dan akan menolak paru-paru.

Masalah keputihan? Tak mengganggu rasanya. Sikit je kot. 
Kejang kaki? Bila berjalan lama sahaja. Contoh pergi Giant beli barang keperluan dapur. 
Pedih ulu hati tak ada. Gangguan pencernaan? Makan tapi tak membuang. Stress jugak tu.
Lebih bertenaga? Belum lagi so far. Kepenatan. Sebab tak menyempat nak rehat. Plus batuk yang tak baik-baik lagi ni. 
Bengkak? Tak ada lagi.
Sesak nafas? Mengah sebab kepenatan.
So far itu sahaja perkembangan mommy. Ohh mommy masih belum rasa tendangan baby. 


7 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segalanya yer

    ReplyDelete
  2. baby... bila nak tendang mommy ni?? hihi... semoga mommy dan babyB sihat ya :)

    ReplyDelete
  3. babyB cepat2 tendang mommy taw.. nak dengar story nanti pasal babyB..hihi...

    ReplyDelete
  4. semoga iraa sihat dan dapat deliver dgn baik ye

    ReplyDelete