Berkawan baik


Best friend forever atau singkatannya BFF mommy Irra adalah anak-anak dan suami. Tu pon mommy marah juga anak-anak bila mereka buat mommy geram. Marah kan tanda sayang. Budak-budak tu pon dalam proses pembelajaran dan membesar.

Bagaimana pula kawan-kawan yang rapat? Sejak dah berlaki dan beranak ni, priority mesti lah keluarga. Nak jadi rapat dengan orang pon payah la. Tapi kan bab berkawan ni, mommy rasa elok berkawan dengan semua dan jangan sakitkan hati orang. 

Okey masuk ke cerita sebenar. Nak cerita pasal kawan Adam Rayyan. Dulu sebelum pindah rumah, Adam Rayyan tak ada kawan; maksudnya kawan sebaya lah. Kawan tak sebaya, kawan gaduh dan kawan manja dia adalah semestinya mommy dan Anis Insyirah. 

Bila kami dah berpindah ke Bandar Bukit Raja, dapat la kawan yang tinggal di rumah sebelah sahaja. Hari-hari nak keluar rumah jumpa kawan. 

"Ammi, jom kuar", ajak mommy keluar rumah.

"Ammi, wawan", nampak kawan di luar rumah.

"Wawan, wawan, wawannn!", bila dengar suara kawan di luar.


Alkisah bermula bila bola Adam Rayyan naik atas bumbung dan tiada siapa yang dapat selamatkannya. DaddyG pon tak beriya nak ambilkan bola tu. Mommy rasa macam nak naik tangga je ambilkan bola Adam Rayyan. 

Si jiran ada bola. Tapi tak nak bagi Adam Rayyan main. Adam Rayyan hari-hari merengek nak bola. Dah orang tak bagi, nak buat macam mana. So petang-petang mommy bawa Adam Rayyan pergi ke taman. Lupa kejap dia kat bola tu.

Si jiran yang tengok Adam Rayyan ke taman, nak pergi taman jugak. Dipaksanya nenek bawa ke taman. Kami terserempak masa nak balik. Kesian TokMee. Dah umur 70 tahun. Melayan kerenah cucu-cucu.

Hari ketiga nak ke taman, mommy pulak kesian kat kawan ni. Selalu main dengan Adam Rayyan. Mommy minta izin TokMee bawa cucu dia ke taman.

Seronok bukan main budak berdua tu. Tersenyum-senyum mommy dengar mereka bersembang. Seorang dah besar, seorang lagi baru nak belajar bergaul dengan orang. 

Jalan siap berpegangan tangan. Bagus la berkawan elok begini.  


Adam Rayyan dua hari sebelum ni tak main pon playground ni. Tapi ada kawan ni baru dia main. Sampai penat.


"Ammi, peluh", datang dekat mommy mengadu.
"Penat ke?", buat-buat tanya.
"Penat..."
"Jom balik?", Adam Rayyan tak jawab dan sambung main.


Main la nak sampai puas. 6:30 petang kita balik. 


Esoknya pon mommy bawa juga kawan ke taman. 


Kalau berkawan macam ni mommy suka lah. Elok je main bersama. Malam-malam pon tidur awal sebab kepenatan. Semoga korang berkawan sampai besar. Atau kalau dah pindah pon masih contact. Kawan pertama Adam Rayyan.

6 comments:

  1. semoga adik2 tu jadi true bff..
    ingt zaman kecik2 plk lg2 dok kg..

    ReplyDelete
  2. Peramah adam rayyan ni..pandai berkawan dgn org w/ pun bkn sebaya...

    ReplyDelete
  3. senang berkawan.. bagus rayyan..

    ReplyDelete
  4. Asal jangan bergaduh dah la..kan?anak saya ni masa kecik2 elok je berkawan..bila dah besar macam2 perangai nya..balik mengadu je keja nya..hahah

    ReplyDelete