Obimin | Supplemen untuk wanita mengandung dan menyusu


Apakah makanan tambahan semasa ibu mengandung? Mommy dah cerita first trimester mommy ambil asid folik sahaja. Masuk second trimester, doktor bagi obimin. 


Apa fungsi obimin sebenarnya? Obimin adalah vitamin dan mineral untuk wanita mengandung dan menyusu. Apabila baby semakin besar baby, semakin banyak zat yang diperlukan. Sebab tu doktor akan berikan obimin untuk kita amalkan.

Obimin mempunyai :
  1. Vitamin A
  2. Vitamin B1
  3. Vitamin B2
  4. Vitamin B6
  5. Vitamin B12
  6. Vitamin C
  7. Vitamin D
  8. Niacinamide
  9. Pantothenic Asid
  10. Folic Asid
  11. Iron
  12. Calcium
  13. Copper
  14. Iodine.

Semua vitamin ada dalam obimin. Itu lah perbezaan antara obimin dan asid folik. 

Satu lagi pesanan doktor, obimin harus lah di ambil ketika perut kosong bersama air kosong. Kaffien tak boleh ye sebab kaffien akan menghalang penyerapan zat obimin tadi.

So, ibu-ibu hamil aka makyong termasuk mommy irra, sila jangan skip makan obimin ye. He he he


And no need other supplemen yang kononnya untuk baby atau untuk tambah susu. Ahaa ada je mommy tengok makan supplemen bagai tapi susu tak ada. Errkk kata bagi tambah susu? Silap supplemenkah? 

Lagi satu yang amik makanan tambahan ni baby besar. Ermmm ntah la.. Mommy rasa semua bergantung kepada kadar metabolisme seseorang ibu. Kalau keje makan tidur makan tidur memang metabolisme down dan badan akan membesar. Secara tak langsung baby pon terkesan sama. Kena control makan semasa mengandung. Boleh makan tapi ambil kuantiti sedikit dengan kerap. He he he pandai je cakap mommy ni. 

Anak pertama mommy berat 2.88kg manakala anak kedua 3.67kg. Ada la pengalaman sedikit bagaimana anak menjadi juara dalam tummy. Anak besar, sakit pon besar selepas bersalin normal. Haa tu je masalahnya. Harap babyB membesar dengan normal. Senang mommy nak push nanti. Dan tak sakit lama lepas beranak. 

5 comments:

  1. Sue ambik vitalea shaklee ;)
    Mengikut pembacaan baby besar tiada kaitan dgn suplemen.

    Ada cara juga mkn suplemen utk tambah susu. Kalo konsep penyusuan x dipatuhi mkn apa pun susu x akan byk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irra lagi prefer mengamalkan pemakanan sihat. herbalist kata klu dh amal makaan sihat, xpayah amik supplemen apa lagi dh.. Membazir je

      Delete
  2. adik sis JM mengandung dulu pun ambil obimin nih

    ReplyDelete
  3. kalau makan obimin perlu ke makan acid folic juga ?

    ReplyDelete