Pregnancy Week 18


Kehamilan mommy: Minggu 18

Apakah yang baby lakukan di dalam rahim mommy pada 18 minggu? Banyak! Otot-otot baby bekerja dan baby bergerak. Adakah mommy merasa pergerakan baby? Belum dan excited menanti.

Untuk beberapa minggu akan datang, mommy harus memastikan untuk mula tidur mengiring. Ini kerana baby dan rahim akan menekan urat besar di belakang perut mommy. Ini boleh mengurangkan jumlah darah yang akan mengalir ke jantung mommy. Hal demikian akam membuatkan mommy merasa pening, atau lebih teruk, boleh mengurangkan tekanan darah mommy. 

Urat-urat mommy akan terkejut. Gejala seperti kaki membengkak boleh berlaku. Mommy akan berasa tertekan dan tidak selesa sehingga tidak dapat tidur malam. Kurangkan aktiviti yang memberi tekanan. Kalau berjalan ke mall, berhenti rehat sebentar apabila terasa lenguh-lenguh kaki.


Baby bersaiz ubi kentang!
Saiz baby kira-kira 5.6 inci panjang dan kira-kira 6.7 auns sekarang dan ia terus berkembang dengan pesat. (Itulah sebabnya anda mungkin merasa begitu lapar.) Lapar sejak 4 minggu preggy lagi. Uhuk.

Mommies mesti dah tahu baby dalam perut menguap, tersedu, menghisap dan menelan?
Dan baby berpusing, berguling, menumbuk dan menendang, dan mommy mungkin dapat merasakannya! Untuk third pregnancy ni belum merasainya lagi. Tapi pernah merasainya ^^


Gejala kehamilan pada 18 minggu

  • Tendangan bayi - mereka semakin kuat! 
  • Kaki dan / atau tangan bengkak. 
  • Sakit belakang. Baby meletakkan banyak tekanan ke atas perut.
  • Kejang kaki. Juga tanda mommy mengalami dehidrasi, jadi sila minum lebih banyak air.
  • Masalah tidur. Minda bekerja lebih masa dan mommy akan berasa lebih tidak selesa.
  • Peningkatan tekanan pada pembuluh darah di hidung mungkin menyebabkan hidung berdarah. Tak pernah alami
Perkara baik yang mommy perlu lakukan

  • Mula tidur mengiring
  • Amalkan senaman kegel

4 comments: