Mitos Beras



Mommy nak share mitos pasal beras. Selalu beras dipersalahkan kerana menjadi punca obesiti atau kegemukan. Ada yang sanggup berbulan malah bertahun lamanya tidak makan nasi kerana tidak mahu gemuk.


Alangkah ruginya nikmat dunia yang satu itu ditinggalkan. He he he. Mommy ni kalau tak jumpa nasi memang boleh ketar lutut-lutut. 

Haa, jom baca 4 mitos mengenai beras.

1. Makan nasi selepas 7 malam akan memberatkan badan.
Fakta sebenar adalah waktu makan tidak harus disalahkan. Persoalannya adalah adakah anda seimbangkan pemakanan dengan senaman yang mencukupi? Kalau lepas makan terus tidur tu memang sendiri mengundang kegemukan la.

2. Karbohidrat akan memberatkan badan.
Sebenarnya karbohidrat seperti beras merupakan sumber kalori penting. Masalah terjadi apabila di makan berlebihan serta di makan dengan makanan tambahan yang tidak mempunyai khasiat kepada tubuh badan seperti sos, mentega, kicap, dan sebagainya.

3. Pemakanan berkarbohidrat-rendah dan berprotien tinggi adalah lebih digalakkan.
Tahukah anda protien yang berlebihan akan mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang? Mereka yang cuba menguruskan berat badan dengan diet berkarbohidrat rendah akan lebih cepat bertambah berat badan selepas  menghentikan diet tersebut.

4. Pemakanan yang menghadkan pengambilan karbohidrat ataupun tanpa karbohidrat bersama pengambilan daging dan lemak adalah lebih sihat.
Fakta yang sebenar adalah zat vitamin yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran adalah amat penting untuk badan kita. Tanpa karbohidrat, zat-zat vitamin tidak dapat berfungsi secara optima; maka akan mengakibatkan kekurangan khasiat. Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk kesihatan kita.


Hakikat:
Nasi merupakan makanan unggul bagi keperluan makanan khas. Nasi beras putih setiap separuh cawan sajiannya memberikan 103 kalori tenaga, malah nasi beras merah setiap separuh cawan sajiannya memberikan 108 kalori tenaga. Beras adalah karbohidrat kompleks tanpa kolestrol, teramat rendah lemak dan sodium, bebas daripada gluten, tinggi kandungan fiber, tidak menyebabkan alergi serta mudah dihadamkan.

Sumber: Rice for Life, Tupperware Brands
Kerana teknologi masa kini canggih sangat, proses pengilatan beras telah menghilangkan zat-zat beras. Beras di pasaran juga mempunyai banyak jenis. Antara beras yang masih mengekalkan 80% khasiatnya adalah beras rebus. Beras rebus mempunyai banyak khasiat yang sangat baik untuk kesihatan. Boleh tengok di sini Khasiat beras rebus.

3 comments:

  1. Beras irra guna cr kt gian x de. Sue guna beras faiza basmathi.

    ReplyDelete
  2. baru ingat nk diet karbo..hihi.. xjadilah.. kena kurangkan kuantiti sikit n lebihkn sayur je..huhu thanx info kak ira.. :)

    ReplyDelete
  3. sha is love nasik so much !! 1 hari tak dapat nasik rasa gelap doooniaaa.....

    ReplyDelete