Minum Air Gula - Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)


Apakah MGTT atau minum air gula bagi ibu hamil?

Modified Glucose Tolerance Test-MGTT atau dalam bahasa Melayu Ujian Toleransi Glukosa, bertujuan untuk memeriksa tahap kawalan gula dalam badan.

Ujian ini digunakan untuk mendiagnosis penyakit kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi) dan dijalankan terhadap ibu hamil yang sangat berkemungkinan mengalami penyakit ini seperti;
  • obes (dengan BMI lebih daripada 30).
  • pernah melahirkan bayi besar dengan berat 4kg atau lebih.
  • pernah menghidap diabetes gestasi dalam kehamilan sebelum ini.
  • sejarah keluarga dengan diabetes (ibu atau bapa, adik-beradik atau anak menghidap diabetes).
Ujian ini akan mengesan samada anda menghidap diabetes ataupun tidak. Seramai 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Tidak seperti lain-lain jenis diabetes, diabetes gestasi biasanya hilang sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Ia biasanya dijalankan semasa anda dalam minggu ke-24 hingga ke-28 kehamilan, kecuali jika anda pernah mengalami diabetes gestasi sebelum ini, yang mana dalam kes ini anda akan diminta menjalani ujian pada minggu ke-16 hingga ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-24 hingga ke-28. 


First pregnancy mommy Irra disahkan ada Gestational Diabetes Mellitus(GDM) under diet control. Maka wajib lah minum air gula sebanyak 2x untuk pregnancy seterusnya. Second pregnancy Alhamdulillah tak ada GDM. Hari ini mommy kena minum air gula buat sesi pertama untuk third pregnancy.


Prosedur MGGT atau minum air gula:
  1. Puasa dari jam 10 malam.

  2. Sebaik tiba di klinik, jururawat akan mengambil sampel darah. Sampel darah yang pertama akan digunakan untuk mengukur tahap gula dalam darah ketika sedang berpuasa

  3. Seterusnya, minum air gula yang mengandungi kira-kira 75 gram glukosa. 

  4. Darah akan diuji dua jam selepas itu dan ukurannya dibandingkan dengan julat normal. Dalam masa dua jam menunggu itu, tidak boleh makan atau minum.
Air gula

Bila buat MGTT kat klinik kerajaan ni, keputusan tak akan dapat on the spot. Sekiranya positive ada kencing manis, nurse akan hubungi dalam masa seminggu. Tetapi jika tak ada panggilan dari klinik, maksudnya keputusan MGTT adalah negatif. 

11 comments:

  1. Tak pernah kena minum air gula lagi setakat ni... [-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni umo 28 ke atas dah wajib klu x silap. wlpon kat private.

      Delete
  2. Ya Allah. bercinta kalau kene minum air gula ni. huhu

    ReplyDelete
  3. ramai complain tak sedap.... hahahhaa.... tapi penting kan air gula ni?? sha pernah baca ada ibu2 yang checkup pergi buang air gula tu... iskk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaa...ada yg muntah pastu xnak bgtau nurse

      Delete
  4. masa mengandungkan Dahlia dulu rasanya 3x kena minum air gula..alhamdulillah nasib baik xder apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa anis pon xde apa2. ada je sbb berat naik mendadak., makan tak hingat dunia

      Delete
  5. stress tgk air gula ni.. huhuhu.. peknen ke 3 ni lekat pulak mgtt.. dah kena buat bsp 4x sehari.. terus beli menda alah cucuk tu.. huhuhu

    ReplyDelete