Kalendar Jadual Gaji Kakitangan Awam 2014 & 2015 Berformat ical / ics


Ini adalah bahagian terakhir daripada 3 posting mommy irra berkaitan kalendar.
  1. Kalendar Cuti Umum Malaysia 2014 & 2015
  2. Kalendar Cuti Sekolah Malaysia 2014 & 2015
  3. Kalendar Jadual Gaji Kakitangan Awam 2014 & 2015

Kalendar Gaji Kakitangan Awam ni adalah idea daddyG bagi memudahkan bisnes women yang buat jualan Tupperware, Shaklee dan lain-lain project their future sales and promotions (katanya lah). So kalau dah tau bila tarikh gaji masuk senang la nak target next sale kan. He he he.

Untuk kakitangan awam pula, dengan adanya kalendar jadual gaji ni,dapatlah mereka merencana perbelanjaan dan kewangan dengan lebih teliti dan juga dapat merangka persiapan yang penting untuk tahun-tahun itu.

Buat masa ni jadual gaji kakitangan awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) hanya setakat tahun 2014. Tapi kenapa nama kalendar tu "Kalendar Jadual Gaji Kakitangan Awam 2014 & 2015"?

Haaa inilah the beauty of ical/ics. If korang dah subscribe kalendar yang mommy irra share ni hari ini, apa-apa update yang daddyG masukkan dalam kalendar di kemudian hari akan terpapar secara automatik.

Maksudnya?

Apabila jadual gaji tahun 2015 telah dikeluar oleh ANM, daddyG akan kemaskini tarikh-tarikh berkenaan dan korang tidak perlu buat apa-apa. Tau-tau kalendar tu dah update kt kalendar masing-masing. Senangkan.


Di sini mommy irra nak kongsikan cara-cara untuk masukkan/import/subscribe kalendar ini ke peranti iOS, juga ke Yahoo dan Google Calendar. Selepas itu semua tarikh gaji kakitangan awam 2014 & 2015 akan terpapar secara automatik di kalendar masing-masing.

link

Automatic Method:
Klik pada link ini l.irrayyan.com/gajikakitanganawam. (hanya untuk peranti iOS)

Manual Method:
Untuk langkah-langkah setting/tetapan secara manual, boleh rujuk pada posting sebelum ini. Pastikan url ditukar kepada url baru http://l.irrayyan.com/gajikakitanganawam.


4 comments: