Kelab Blogger Ben Ashaari


Alhamdulillah laman rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari telah ditubuhkan dengan jayanya oleh blogger Hafiz Rahim. Blogger Hafiz Rahim juga ada dalam ruangan Pa&Ma bulan ini. Tahniah buat blogger Hafiz dan Kelab Blogger Ben Ashaari.



Asal usul Kelab Blogger Ben Ashaari
Kelab ini ditubuhkan oleh Ben Ashaari sejak tahun 2009 lagi. 

"Kelab ni bukan kelab bermotifkan keuntungan! Kelab ini tak amik yuran pendaftaran... Kelab ni tak amik komisien atas setiap job yang diberi pada rakan blogger! Kelab ni takde kontrak! Kelab ni takde protege! Kelab ni takde sifu! Kelab ni takde otai! Kelab ni takde retis! Semua sama level dalam ni! Kami saling bertukar ilmu, bersantai, bergurau senda dan memperbaiki segala kesilapan untuk menjadi lebih baik!" - Ben Ashaari

Disamping itu, Kelab Blogger Ben Ashaari ini juga mempunyai instagram rasmi dimana gambar aktiviti kelab akan di upload di situ.


Oleh itu, mommy Irra jemput semua untuk terjah website dan instagram rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari. 

1 comment: