Ibu Mengandung Mengidam


Hari ni mood mommy macam tak berapa nak ok. Bila mood tak ok, makan pon tak berapa nak lalu. Selalu perut berlagu-lagu minta di isi. Hari ni lain kes pula. Relax ja perut.

Kononnya petang tadi nak bawa Adam Rayyan dan Anis Insyirah main di luar. Tapi kami melepak dalam rumah sahaja. Mommy betul-betul tak ada mood nak buat apa-apa.

Sebelum daddyG balik, mommy pesan belikan daging masak hitam. 
  

So malam ni makan nasi + daging masak hitam + sayuran.

Tiba-tiba kan makyong nak makan daging masak hitam. Mengidam ye?


Perkara yang tidak best di kala ini adalah selepas selesai makan, mulut rasa payau. Arghhhh dari baby 4 minggu sehingga sekarang 14 minggu 5 hari akan berperasaan begitu selepas makan.

Tambahan, sejak seminggu dua ni mommy tak tahan dengan ubat gigi. Asal gosok gigi je muntah. Begitu lah pengorbanan seorang ibu. Bukan mudah nak melahirkan anak. 

Sebut pasal pengorbanan seorang ibu, mommy rindu dekat mak. Beberapa hari lagi dapat menatap wajah ibu yang melahirkan aku. 

Lagi lama menaip lagi melalut jauh. Tajuknye mengidam. Dah merata pergi ni. Okey la. Sampai di sini sahaja. Mommy nak rest kejap. DaddyG jaga Adam Rayyan dan Anis Insyirah. 

5 comments:

  1. Replies
    1. mengidam tu biasa kot. tapi alah tu lama sangat. doc pon heran alah awal sgt

      Delete
  2. Replies
    1. sue kena pantang daging..hehe irra lama pantang daging :-d

      Delete