Chocolate Twiggies Sedap Sangat Ke ?


Adam Rayyan dan Anis Insyirah adalah peminat coklat. Adam Rayyan panggil "lolat"..

Bangun pagi-pagi Adam Rayyan dah minta roti. Dia ingat lagi semalam daddy ada belikan roti. Dia ingat juga di mana mommy simpan roti tersebut. 

Bising la Adam Rayyan selagi tak dapat roti. Anis Insyirah pula bila nampak chocolate twiggies ni, terus bising la. Apa lagi? Dia pon nak juga! 

Mommy share gambar mereka makan chocolate twiggies.


Manis, sedap la kan? Orang dewasa pon suka, apatah lagi kanak-kanak? 


Memang feel habis mereka layan makan chocolate twiggies ni. Senyap sunyi terus! 


Boleh ke Anis Insyirah makan manis-manis tu? Anis Insyirah kan ada ekzema? 

Ada ekzema pon, dia tetap kanak-kanak macam yang lain. Tengok abang makan sedap, teringin lah juga. Kalau tak bagi menangis riuh rendah. Lagipon bukan selalu bagi makan roti coklat ni. Kebiasaannya mereka makan roti gardenia kosong sahaja. 

Sedikit perkongsian ilmu ekzema. Apabila anak semakin pulih; tidak meradang dan tidak gatal-gatal. Maka mereka boleh diperkenalkan dengan makanan-makanan baru. Supaya badan mereka sedikit demi sedikit melawan makanan alergik dan ia akan menguatkan antibodi mereka. Jangan la try test semua sekali gus. 

Pesakit ekzema terutama bayi akan semakin kurang alergik apabila semakin membesar kerana antibodi bayi adalah tidak stabil. 

Haa sapa yg ada instagram boleh tengok video Adam Rayyan dan Anis Insyirah makan chocolate twiggies ni. Tak payah cerita sedap atau tidak. Tengok video pon boleh tahu. Hehe. 

11 comments:

  1. hihi.. terus beli lepas tgk video td..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kat rumah ni dh habis..takleh beli byk2. diorg nak makan sampai habis baru xmintak

      Delete
  2. baru makan chocolate twiggies pagi tadi ni...ha ha ha...habiskan Ash punya...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya mereka makan twiggies tu...aunty nak sket boleh?

    ReplyDelete
  4. Mmg sedap...tp jrg mkn benda manis since ank ekzema^^

    ReplyDelete
  5. Anak2 saya pun suka chocolate twiggies ni ..si kakak suka beli untuk bawak ke sekolah..

    ReplyDelete
  6. Amboii, saya pulak terliuq tngok dorang makan. hehe

    ReplyDelete
  7. aishhh..jadi lapar plak dibuatnya nih..grrr

    ReplyDelete
  8. hahahhaa amboiiii sedapnya... sha suka twiggies ni.... makan buat bfast...

    ReplyDelete