Screen Protector Dibuka Orang. Oh Adam Rayyan.

Mommy pergi dapur buat susu Adam Rayyan. Lepas tu mencari la iphone di tempat terakhir mommy letak. Adoii Adam Rayyan ni kalau dia marah mommy lambat buat apa-apa dia sorokkan iphone. Tapi kali ni dia tak sorok, dia tanggalkan screen protector iphone mommy irra. Good job Adam Rayyan!

DaddyG ada cakap beberapa hari lepas suruh tukar screen protector baru. Akan tetapi tiada tindakan menukarkan screen protector iphone mommy irra pon. Si anak pulak yang bijak mempercepatkan proses penukaran screen protector. Terima kasih Adam Rayyan.

Lepas makan malam, daddyG terus pasang screen protector baru. Taraaa berkilat iphone mommy.

Berkilat iphone mommy irra

Anak ni kadang memahami keadaan lebih dari orang tua. Hahaha macam kes mommy tahu preggy tu. 

Sorry Adam Rayyan, bukan takmo layan cepat-cepat. Time Adam minta susu la mommy baru landing. Mommy dah cakap "Sabar, kejap lagi mommy buat. Boleh?" Dan Adam Rayyan balas "Boleh.". So jangan la buat hal ya sayang. Kesian mommy awak ni.

6 comments:

  1. Heheheh macam2 ragam kan budak budak ni.. sabar jelah.. ekekeke

    ReplyDelete
  2. mujur le tanggalkan screen protector je.. kalau tanggalkan casing dan baterynya sekali? huhu haru jugak ler.. :-)

    ReplyDelete
  3. huhu..sabar la mommy.. adam rayyan cepatkan proses tukar menukar je tu..hihi

    ReplyDelete
  4. Kiranya Adam bertindak bagi pihak mamanya :)

    ReplyDelete
  5. Ahahaha adam! Adam! Pantas betul action nya

    ReplyDelete
  6. Pantas dan bijak la Adam ni hehehee

    ReplyDelete