Nasi Goreng Ikan Bilis Togel

Makanan feveret mommy irra & daddyG yang mudah dan sedap. Ececeh angkat bakul sendiri nampak.

Bahan-bahan: (sukatan ikut rasa)
  • Ikan bilis -lagi banyak lagi sedap
  • Cili kecil/cabai melaka -ikut kepedasan masing2
  • Bawang besar -nasi banyak sebiji, nasi sikit setengah biji 
  • Garam secukup rasa
  • Gula organik sikit

Ikan bilis + cili kecil + bawang besar + olive oil + garam bukit himalaya + gula organik

Cara menyediakannya:

Tumbuk bahan-bahan di atas. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga garing. Kemudian masukkan nasi putih. Kacau sehingga sebati. Siap!


Guna minyak zaitun ya. Selain ia baik untuk kesihatan, makanan pon bertambah sedap. 


Molek lah kalau ada sayuran seperti sayur sawi atau kailan. Dapatlah menikmati juadah yang mempunyai pelbagai nutrisi. Stok sayur mommy irra dah habis. So makan nasi goreng ikan bilis kosong sahaja. Yummmy. Tu pon sedap. 

10 comments:

  1. hihi.. macam resepi nasi goreng kampung versi gojessssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....sangat gojes sehingga mampu mengubah saiz pinggang si pemakannya..kekeke

      Delete
  2. Yang simple2 mcm nilah yang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat sampai tak cukup..hihi

      Delete
  3. ni pun sedap makan panas-panas kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan panas2 dua pinggan pon tak terasa...punya la nikmat..hehe

      Delete
  4. fuhh sedap makan nie.. dengan minum teh panas..yummyy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. teh o panasss...fuhh mengancam....mana la tak comel kak irra kau ni...makan sungguh time preggy...klu tal preggy xpela berat xnaik...klu preggy dan dan naik berat badan...

      Delete
  5. saya ada sakit resdung. orang kata kalau resdung, jangan amalkan sangat ikan bilis ni. akak ada pernah dengar x pasal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikan biasa tu pon ada kloroform...herbalist kata ikan bilis boleh tapi kena cari yg takde kloroform kalau nak bagus..kalau camtu nak kena jadi nelayan atau duduk dekat2 kawasan perairan nelayan...terus dpt yg segar...hehe...susah la skrg makanan semua dh tak natural

      Delete