Pengalaman pregnancy kit test double line

Bila dah kawen, mesti pengantin teruja nak baby kan. Macam mana keterujaan mommy apabila tahu mommy positive pregnant? Jom share dengan mommy Irra kat sini.

Pengalaman pertama Mommy Irra. Hari ni sepatutnya period. Tapi tak period pon sampai da malam. Senyap-senyap beli pregnancy kit. DaddyG mcm relax jer. Mommy yang over! 

Ha?! Apa resultnya??
.
.
.
.
.
.
Double line. Fuhhh berbunga-bunga. Tapi taknak bgtau daddyG masa ni. Nak tengok keterujaan daddyG pulak camana. Sehari ke sehari berlalu, daddyG relax ja. Dah lewat period ni. Sampai mommy paksa g beli pregnancy kit. Hehe.. macam tak pernah check pulak. Pastu dah balik rumah. DaddyG diam je. No response. Alaaa tak excited ke?? Bila mommy irra dah merajuk-merajuk baru la daddyG suh g test. Mommy saje nak tunggu disuruh. Baru nampak excited tu kan. Hahaa macam tu pon boleh ke? 

Lain cerita pulak masa Pengalaman kedua. Masing-masing yakin tak pregnant. Cek up berkali-kali negative. Sampai la one day, kenapa la loya-loya ni. Pening-pening ni. Last week dh negative. So check lagi hari ni, double line. 

Tersengeh-sengeh mommy Irra dan daddyG bila bertentang mata selama seminggu. This time keterujaan kami sama. Sambil menaip ni boleh senyum-senyum. Berulang kali baca pon tersenyum. Hahaaa

Macam mana ngan pengalaman mommies yang lain?


23 comments:

  1. anis baca entry nie pon senyum2 jugak...hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...teringat cerita 2010 & 2012

      Delete
  2. nasib tidak menyebelahi sha... seronoknya kalau sha ada pengalaman camni... nak tengok sangat muka teruja hasben dengan bonda & ayahanda tercinta camna... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah ada rezki sha..kadang tu Allah bg lambat ada sebabnya..cth ada kawan baik ira..lepas setahun br dpt baby..dpt tau ms checkup dgn pakar...nk cek la kenapa xleh preggy..subhanallah..tgh scan nampak baby..pada masa yg sama husband dia br dpt keje tetap...Allah dah plan cantik..lepas pregnant diorg duduk sama2..sebelum tu pJJ..sabar ye sha..insyaAllah ada rezeki sha

      Delete
  3. Bestnya irra dh ada penglan preggy dah 2 kali pulak tu, akak je belum lagi huhuh pengalamn bercinta pun belum camna nk dpt baby :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ira doakan akak cepat2 bertemu jodoh...

      Delete
  4. Hehe... Yg pertama kali mmg teruja terlebih..suami sengih je g keje smpai org heran... Yg kedua trus beli digital.. Mmg cnfirm la peknan kn.. Hehe..tpi keterujaan ttp sma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg first tu rasa daddyG terkejut kot. Baru sebulan kawen. Dh ada isi. Hehee

      Delete
  5. Mungkin orang laki sama kot. Tak terlalu excited. Macam pengalaman sendiri. Lepas kahwin setahun setengah wife belum mengandung, tetiba dia check double line. Tapi langsung tak rasa excited, sebab kurang percaya pada alat ni, esoknya gi klinik nak check, tapi doc kata kalau double line takyah check confirm ngandung. Lagi la tak percaya. Jadi kurangla excited sampai la nampak perut. Baru ada skit excitednya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeee sabo je la arz moha ni... nasib baik hang bukan laki aku... mau merajuk seminggu... =))

      Delete
    2. Baru sebulan nikah. Dh ada adam rayyan. Org ponpuan excited. Sebab baby ni penyeri. Pengikat. Penguat rumah tangga. Org laki saja kot xmo tunjuk excited tu. Huhuu.. Tapi yg no dia seminggu senyum..bukan main senyum meleret lagi...haha

      Delete
    3. :d bukan tak mau senyum. tapi takmau letak harapan menggunung. Lepas baby keluar ja. boleh kata setiap masa nak ke hospital nak tengok baby. Sebab nurse puji mirip muka huhu.

      Delete
    4. Karya Mahirah hahaha. Alat kadang kala tak accurate.

      Delete
  6. Pengalaman sy plak, 1 tahun 9 bulan tunggu, bila dapat tahu lewat datang bulan terus excited beli urine pregnancy test tu. Suami tak nak mengharap sbb takut frust. The end sy check nampak je double line. 2 kali pulak tu check, terus jerit panggil dia. Dia pun apa lagi peluk sy sampai berjurai air mata sebab dah lama sangat tunggu. Terharu katanya... huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama la KM kawen kan? Zulaikha umo bpe tahun dah?

      Delete
    2. Zulaikha 4 tahun... KM dah 6 tahun lebih kahwin... alhamdulillah... ira pulak?

      Delete
    3. adam 31/8 ni cukup 3tahun..nikah dah 3tahun lebih..KM lagi banyak makan garam la..hehe

      Delete
    4. haha byk lagi yg kena belajar... sy baru lepas fasa 5 tahun... hehe..

      Delete
    5. haha garam naik ka? tak tau pulak... :-)

      Delete
    6. Laa makan garam bukit..mahai la sikit.. :-)

      Delete
  7. Wahh TERUJA ..baca pon senyum2 dahh .tetiba teringat hehehe ........

    ReplyDelete