Khabsah Lamb | Selamat Berbuka Puasa

Hari ni mommy Irra berbuka puasa sorang-sorang. Dak kecik dua orang tu tak kira sebab tak puasa. Hehe

Menu berbuka hari ini adalah Arabic Food | Khabsah Lamb

Bulan puasa ja nasi dan lauk diasingkan.

Nasi Arab oh Nasi Arab!

Anis Insyirah boleh makan khabsah lamb ni. Takde alergik apa lepas makan. Sejak mula kena ekzema. Tapi dulu dia tak makan la, mommy ja la makan. 

Kambing oh kambing! Susu kambing ka daging kambing ka asal dari kambing semua nya bagus. Diet Alkali. 

Mitos ja la orang kata kambing tu gatal la..panas laa. Mana ada. Kambing makanan sunnah. Dan banyak khasiat. Paras kolestrol dan lemak tepu daging kambing adalah rendah dan baik untuk jantung. 

Mengamuk Anis Insyirah lepas mommy makan daging. DahSyat tak dahsyat daging lembu. Daging lembu ka susu lembu ka semua tak boleh. Kalau yang takdak ekzema tu takpa la.. Makan ja la..

Sekarang ni pon mommy dah mula makan dah makanan yang dulu buat Anis flare up. Makan sikit-sikit bagi badan dia kuat. Yang sangat tak boleh adalah kekacang. 

Kita ulangkaji balik apa yg mommy pernah bagitahu dahulu. Kekacang ada high natural toksin iaitu aflatoksin. Aflatoksin ni pula disimpan dalam badan. Kalau amik aflatoksin, kadar alergik badan akan meningkat. Kacang tanah kalau di lihat bawah mikroskop anda akan nampak kulat sahaja. 

Jadi ibu-ibu mengandung yang ada genetik ekzema, asma, alergik atau resdung, pantang la kekacang semasa mengandung. Mencegah lebih baik dari mengubati. Bila dah jadi macam mommy Irra, u kena face it. Tak boleh berpatah balik dah. 

Sekian bebelan.



24 comments:

  1. Bukak puasa sorang je sian nya mana daddyG

    ReplyDelete
  2. DaddyG ada jemputan berbuka. Tak aci kan xjemput anak bini sekali..uwaaaaa

    ReplyDelete
  3. besnye buka posa mkn nasi arab..hehe

    ReplyDelete
  4. betul. saya setuju fakta mengenai daging kambing.
    Walaubagaimanapun ia terasa sedikit panas. berdasarkan pengalaman sendiri. tapi tak lah sampai beri kesan buruk. Sampai hari ini pantang tengok daging kambing mesti serbu. huhu

    Pengalaman seorang rakan sekerja yang ada darah tinggi pun makan sama kuantiti banyak tapi tak ada apa-apa berlaku alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. panas ke? ke makan masa cuaca panas??

      Delete
    2. owh itu di seberang jaya. Tak pernah cuba. Tapi nasi arab di perda memang best

      Delete
    3. ala silap komen hahahaha. Sebabnya rasa panas, lepas makan main badminton pulak. memang terasa badan panas skit.

      Delete
  5. Terlupa tanya berapa harga untuk satu hidangan ni? Kalau ke Shah alam boleh la singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rate sama je rasanya ngan mana2 nasi arab...kat penang pernah try satu kedai nasi arab dalam tesco...sedap gak...

      Delete
  6. sedap tu nasi arab...lme x mkn ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..alhamdulillah...
      rezeki..sebab makan sorg2 kat rumah :D

      Delete
  7. sedapp nasi arab..dah lame tak makan..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh makan nasi arab la berbuka pasni..hihi ada berapa hari je lg..kejap je ramadhan nk hbs dah

      Delete
  8. Wahh sungguh menyelerakan... skjp lagi nak buka dah hehee.. Slmt berbuka kpd Mommy Irra sekeluarga... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih en khir...boleh berbuka puasa ngan nasi arab lepas ni :)

      Delete
  9. sedapnya nasi arab. haritu baru lepas makan dengan family cousin. bila tengok sis ira post ni, rasa nak lagi pula. hahahaha. >.<

    oh, kacang tak elok untuk orang alergik rupanya. thanks for the info sis! i'll bear that in mind. ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang akan naikkan lagi kadar alergik. pastu badan xleh keluarkan toksik tu. klu vitamin c kita amik berlebihan dia akan keluar. huhuhuu lama la kak ira kena pantang kacang2 ni..

      Delete
  10. Puasa kali ni few times dengan nasi beriani. Sedap & nikmat. Hehe..

    ReplyDelete
  11. Wahh nasi arab ..sedapnyerr .. Makan sorang2 lani alahai cedihnyerrr ........... Seronok tgk Insyirah makan

    ReplyDelete
  12. Seriusly memang kegemaran... terbayang2 dah menu berbuka

    ReplyDelete