Buffet Berbuka Puasa di Asiari SACC

Alhamdulillah. Rezeki hari ni daddyG belanja buffet. Asiari ni tempat feveret Asam Laksa mommy Irra dan daddyG. Konon-konon nak makan Asam Laksa, rupanya sepanjang Ramadhan ada buffet saja. DaddyG kata kita try la. 

Dari Tesco Rawang terus ke SACC Mall. Elok sampai ja Asiari, tanya meja kat mana. Dah tempah siang tadi. Atas meja dah standby ice lemon tea. Mommy bangkit nak g amik makanan, tengok jam dah 7:30. Better buka puasa dulu baru pergi amik makanan. Tak baik melengah-lengahkan waktu berbuka.

Antara makanan yang mommy ambil: Keropok keping, salad, jagung rebus, rojak buah.


Pergi ambil nasi pulak. 


Pastu ambil tuk daddyG.


Ini makanan yang paling best. Perapan ayamnya sangat terasa. Memang best sangat. Rasa macam satey ayam.


Yang kedua best. Sotong masak tomyam. Pergh terangkat.


Menu hari ini meggi goreng. Ok la. Tak pedas. Adam Rayyan pon suka.


Feveret ramai, lamb chop.


Daddy nak jugak ikan masin.


Samosa yang rangup dan sedap.


Pencuci mulut lupa nak snap gambar. Ada puding, kek dan kuih muih. Ada juga sup dan bubur. Udang ada tapi tak ada dalam gambar sebab kami anak beranak tak makan. Hahaa apa pon, buffet ni memang terbaiklah. Mommy Irra dan daddyG puas hati sangat.

Ambik gambar tiga beranak sebelum balik. Da lengang belakang tu, pekerja restoren dah angkut semua meja. Kami ja masih ada di sini. Makan selagi boleh makan. 


Nak makan buffet ni kena buat tempahan awal-awal. 
Boleh call: 03 5519 6126
Restoren Asiari, SACC Mall, Shah Alam
RM39.50/nett


*entry ni dah siap karang malam tadi sampai terlena. Terjaga 2:40 pagi. Ya الله! Dua-dua beradik tak tdo lagi. Si abang ajak adik jaga berjemaah. Sekarang jam 3:25. Masih segar lagi Adam Rayyan dan Anis Insyirah. Padahal dua-dua beradik ni tdo sejam je dalam kereta tadi. Buat la apa pon sayang. Asal bahagia. Mommy tdo dulu. 4:45 pagi nak bangkit soq. 

17 comments:

  1. hahaha... budak2 kalo ada gang memang sanggup tak tido... menu lamb chop tu sgt menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih...sedar dah pukul6 lebih pagi tadi ;((

      Delete
  2. Itu makan ka...... hehhehe kebiasaan makan buffet macam ini la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitaorg makan kat rumah jer biasanya..daddyG tak suka makan kat luar ni..
      hebat kan air tangan bini dia..hahahaha..wlpon hanya rebus sosej...bertambah2 nasi...kekekee

      Delete
  3. Wah beruntungnya mommy ira. Daddy G belanja phewittt....
    Wah budak-budak dua orang ni.....aktfi dimalm hari hehehe

    Kebiasaan aRz kalau gi buffet cari yang ada menu kambing hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nak layan. tu biar je. mommy daddy tdo...
      first buffet tuk ramadhan kali ni :)

      Delete
  4. salam. wuuu..ada sotong..kegemaran sy hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sotong nya best sekali cik itah...hehe

      Delete
  5. semua nampak sedapp!!! terliur =p~

    ReplyDelete
  6. sedap nyeahhh...boleh ajak somi gie nieh...;)

    ReplyDelete
  7. murah gk eh...ira dh mkn sotong eh?anis ok ke?yani x try lg seafood...x berani...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sotong makan kat terengganu ok. Maybe sotong fresh. Hari ni naik gak merah2. Ada bg dia makan puding sama. Kek pisang la. Tapi xgatal la..

      Delete
  8. hmm... nampak macam sedap gila je. nanti nak ajak member la makan sini. heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asam laksa kat sini mmg best giler. Bulan puasa ada buffet jer. First time try. Sgt puas hati. G naik solat kat surau jap pastu sambung makan lagi. Fuhh sedap..teringat..

      Delete
  9. Wah menyelerakan... nasib baik tengok awal pagi.. tak lah kecur sgt hehee.. :D

    ReplyDelete