Boeing 777 - MH17 Ditembak Jatuh Pada 17/7 ?

Sisa-sisa yang dipercayai daripada bangkai MH17. 

Dikala rakyat Malaysia memberi tumpuan pada kekejaman Israel di Gaza, kita digemparkan dengan berita pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas berhampiran sempadan  Ukrain - Rusia pada jam 1415GMT atau 17 Julai 2014 10:15 malam waktu Malaysia.

Laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang (280 penumpang dan 15 anak kapal) dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Laporan awal juga menyebut MH17 telah ditembak jatuh oleh militan pro-Rusia.

Malaysia Airlines telah mengemaskini twitter mereka pada jam 11:36 malam.

Penasihat Kementerian Dalam Negeri Ukraine melaporkan pesawat itu ditembak jatuh oleh ground-to-air missile pihak pro-Rusia, dan menyatakan tiada yang terselamat.



Perdana Menteri Malaysia, DS Mohd Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut atas kejadian itu di akaun twitternya pada jam 12:04 pagi 18/07/2014.

Kenyataaan Media pertama dari pihak MAS telah dimuat naik di laman facebook mereka pada jam 12:39 pagi 18/07/2014.



Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas insiden ini. Reuters mengesahkan 23 warga US berada dalam pesawat MH17.

Untuk rekod, kawasan di mana MH17 ditembak jatuh ini adalah kawasan konflik antara militan pro-Rusia dan kerajaan Ukrain.


Diharap keluarga penumpang dan anak-anak kapal MH17 tabah menghadapi dugaan ini. Kita tunggu berita susulan daripada pihak MAS dan kerajaan Malaysia.

12 comments:

  1. Takziah pada keluarga mangsa.. feeling sad ;-(

    ReplyDelete
  2. salam takziah buat keluarga yang terlibat.. semoga tabah.. ;(

    ReplyDelete
  3. takziah buat mereka. masha-ALLAH, bila dah nampak depan mata, rasa sedih sangat.

    ReplyDelete
  4. MH17 kejadian 17 7 adakah suratan atau kebetulan apa2 salam takziah dan al fatihah kepada 43 mangsa

    ReplyDelete
  5. Dengar dari berita tv semalam - ada kemungkinan peluru berpandu adalah bantuan dari Russia sebab jenis yang canggih sehingga dapat sampai ke 80,000 kaki.

    ReplyDelete
  6. Takziah untuk keluarga mangsa ..

    ReplyDelete