Perancang

Salam, untuk mommy e, satu perkataan je cukup membayangkan apa yang mommy lalui selama baby e ialah "serik".
Serik untuk melalui pengalaman yg sama. 


So kali ni kena betul-betul jarakkan baby selepas Anis Insyirah. Kena bersedia & study more about ekzema-bagaimana mencegah ekzema dari awal kehamilan, baru boleh plan ada baby. Daddy kata next masa mommy umur 30. Sekarang mommy masih 27. 14/8 baru masuk 28. So 14/8/2016 la boleh buat adik. Hahahaa (banyak masa lagi nak study :P)


Ok. Apa kaedah merancang yang ada?

  1. implanon
  2. iucd
  3. cucuk
  4. pil
  5. kondom
  6. sendiri


Kaedah 1,2,3,4 mommy takleh sebab ganggu hormon mommy. So akan effect e anis jugak. Merancang sendiri lah jawabnya. Lagipon anis dah 10bulan lebih mommy belum period lagi. Then nak selamat kena lah guna kondom jugak okey. Hahaa 


Kenapa perlu merancang? Sebab pengalaman preggy semasa Adam Rayyan berumur 1tahun 2bulan. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya. Dah merasa baru tau macam mana rasanya preggy & jaga baby. Mommy pulak jenis yang tak larat di awal kehamilan. 6minggu dah mula loya-loya, pening... Nak bertahan sehingga 2nd trimester sambil melayan anakanda Adam Rayyan. Padahal Adam Rayyan very good boy. Dia mula buat hal bila susu mommy drop. Baby ni lagi awal tahu nak dapat adik. Bayangkan camana mommy melayan morning sickness, Adam Rayyan & tantrum. Waaaa itu antara sebab mommy & daddy nak jarakkan adik selepas Anis Insyirah. Sebab kukuh kedua adalah Anis Insyirah ada ekzema. Sebab kukuh ketiga adalah nak menyusu Anis Insyirah sepenuhnya sehingga 2tahun(niat tuk abang adam tak menjadi). Kita hanya merancang. Sebaik-baik perancang adalah Dia. :)


Ceritera irrayyan. Hari ni pergi Az Zain Seksyen 15 beli ayam kampung organik.
Erkk lupa amik gambar.. Ada gambar anak-anak je :D



Adam pulak merengek je kerja hari ni. Seminggu ni lah. Bangun je nangis. Marah sikit nangis. Dia tak nangis kalau dia dah buat adik nangis. Huhuhuu oh anakku!


Mommy Irra,
21/5/2014

0 comments:

Post a Comment