Kelahiran Pertama

Salam semua. Hari ni hari wesak, daddy bercuti. Hari ni mommy nak share pengalaman beranak. Karangan panjang ni mommy dah buat lama. So hari ni mommy share dgn semua pengalaman pertama. Lepas ni boleh share pengalaman kedua pula. 

1. Nama anak : Adam Rayyan Mohd Rafhan

2. Anak Pertama

3. D.O.B : 31 Ogos 2011

4. Nama Hospital : Hospital Sungai Petani

5. Pengalaman semasa bersalin

10.30 pm 30/8/12, baby 37minggu 0hari, air ketuban pecah "pop" ketika saya & suami sedang makan nasi himpit bersama rendang ayam & gulai daging pada malam raya pertama. Habis basah kain batik & lantai dapur. Mak cepat2 suruh saya tukar baju & bersiap ke hospital.

Pukul 11 masuk LR Hospital Baling, Kedah, nurse check. Nurse kata tak jumpa pintu rahim. Nurse lain pulak dtg check, tak jumpa jgk. Mereka kata pintu rahim saya bentuknya lain. Ke dalam sangat. Then doc pulak check, doc kata tak terbuka lagi. Waktu tu saya tak sakit lagi. Mereka pon mcm tak percaya je air ketuban saya dah pecah. So saya tunjukkan pad yg basah dgn air ketuban barulah doc percaya yg air ketuban betul2 pecah. 11.20 saya dah mula sakit. Tuhan je tahu sakit mcm mane. Tak berhenti2 sakit. 11.30 nurse check lg sekali terbuka 2cm.

Saya dimasukkan ke wad. Nurse kata lambat lagi. "Kuatkan semangat, ni baru permulaan. " nurse pesan gitu sbb sy dah nangis. Tak pernah sakit mcm ni. :(
Masuk wad, nak naik katil pon susah. Di mulut terkumat kamit "subhanallah" , itu je yg termampu tuk beri kekuatan saat itu. Saya tak igt sapa2 dah. Sakit..

Saya sakit non-stop. Tak tahan sangat saya panggil nurse dan masuk LR sekali lagi. Terbuka 4cm. Dalam sakit tu saya capai tangan nurse. Nurse ckp "Boleh awak nak pegang tangan saya tuk amik semangat, jgn patahkan tangan saya sudah la". Dengar nurse cakap begitu saya pon lepaskan tangan. Saya berpaut pada palang katil. Terdengar nurse bercakap di sebalik tirai "Roboh la katil tu".

5.45 pagi klu tak silap, dah terbuka 8cm. Contraction kurang. Sakit pun berkurang. Saya dah tak mengerang kesakitan seperti tadi. Nurse minta saya meneran secara baring. Tapi paha saya sakit sangat. Baring ke kanan sakit, baring ke kiri sakit. Nurse dah get ready, tapi saya dah tak bertenaga. Tak berjaya meneran dgn betul. Berkali2 dimarah. Akhirnya mereka putuskan nak hantar saya ke Hospital Sungai Petani. Namun begitu, doc minta tunggu. Doc suruh saya teran lagi, tak berjaya jgk. Doc marah2 siap tarik tgn saya rasa kepala baby kat bawah.

"Ni anak awak, awak tak sayang anak awak ke? Kesian anak awak dah lama kat sini".. Saya diam ja. Bercakap dalam hati. Takkan lah saya tak sayang anak saya. Mommy syg baby sgt, tapi mummy tak larat syg. 

Sebelum saya nak dihantar ke ambulan, dtg nurse lain(tukar shift). Nurse2 tadi tu suruh nurse baru sampai ni try pulak. Ya Allah. Kasarnya die buat VE sehingga sakitnya terasa hingga kini. Muka nurse tu saya igt sampai sekarang. Tak berjaya jugak. So mereka hantar saya dgn masalah Prolonged Second Stage.

Sebelum tolak saya ke ambulan, nurse ganas tu pesan, "Awak klu rasa nak meneran, jgn teran. Awak tahan je.". Cuba la mommies bayangkan. Dengan ambulan yg dah serupa kereta buruk gayanya. Saya rasa macam tak selamat. Nak tergolek ke kiri. Kejap nak tergolek ke kanan. Kuat saya bertahan kat palang katil. Waktu dalam ambulan jgk la contraction kuat. Ya Allah, sabar aje la.

7:30 bergerak, sampai Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani 8:30. Saya cakap dgn nurse ganas tu "Lama lagi ke nurse, saya nak terkencing.". "Awak bukan nak terkencing tu, awak nak beranak. ", balas nurse ganas tu.

Semua LR full. Tak berapa lama saya ditolak masuk. Nurse ganas pasangkan mende alah xigt nama tuk tgk denyutan jantung bby. Pastu masuk lebih kurang 10orang doc termasuk seorang pakar, Dr. Peng. Lega aku seketika sebabnya Dr. Peng ni la pakar yg rawat GDM aku kat Hosp. Baling. Doc ckp nak vacum sbbnya jantung bby dah lemah. Aku angguk aje. Doc kata lagi awak kena teran jugak. Sebabnya vacum ni hanya membantu je. Aku angguk lagi.

Doc2 tu dah mcm pasukan sorak. 
"Akak boleh kak, sikit lagi kak."
"Puan boleh puan, dah nampak dah ni, lagi Puan, lagi Puan."
"Teran puan, teran. Jgn keluar bunyi."
"Curi nafas Puan, sikit lagi ni, sikit je lagi"

8:51 baby keluar & diletakkan atas perut aku (Aku pulak..hehehee). Aku nampak bby mcm pucat je. Sedih hati aku. Aku tgk kepala baby yg berbonjol sikit, meruntun jiwa aku. Sorry baby. Mommy dah cuba yg terbaik. Kesian baby 3jam lebih kat bawah. Subhanallah. Kuat sungguh anak aku. Terima kasih Allah.

Doc bawa bby keluar. Checkup baby. Tinggal sorang staf nurse nak jahit miss V. 
"Nurse, saya rasa sedih sgt sbb tak dapat teran. Saya dah tak larat sgt." aku memulakan perbualan.
"Awak ok lagi, saya dulu jalan tak ada, terpaksa operate."

Dalam hati aku, nasib baik aku tak kena oprate. Dah la terbuka 10cm dah. Bila staf nurse tu jahit miss V, aku dah gerak2 sbb sakit. Padahal letak bius. Pastu staf nurse tu suh aku pakai oksigen.
Bila dah settle, staf nurse keluar. Aku pulak cakap sorg2. Sampai menangis. Lama jugak la. Bila dengar baby nangis, aku pon teringatkan anak aku. Mana la anak aku ni. Staf nurse tadi masuk nak hantar uri. Pastu die cakap, "Awak kena igt ni sejarah awak, tadi awak beranak normal."

Aik, tadi ada mesin vacum aku nampak, color biru sbb tu jelas kat mata aku. Normal pulak?,aku  ckp dlm hati. 
"Normal?", tanya aku kat staf nurse tu.
"Aah, normal. Vacum failed. Awak kene bgtau nurse nnt klu awak beranak lagi pasni."
Ok, tp beranak lagi? Ntah la bila. Walaupon bila tgk anak tadi, terus lupa sakit yg aku rasa berjam2 lamanya. Tapi bila dikenang, tetap rasa takut nak alami lagi.

"Nurse, anak saya mana?"
Staf nurse g amik bby. Die letak bg bby menyusu. Cakap bab susu. Masa saya pregnant 3 bulan 1 minggu 5 hari lagi susu dah ada. So saya tak perlu fikir byk pasal susu. Matlamat saya menyusukan bby sampai 2tahun.

12++ tghr baru la kitaorg kuar dari dewan bersalin masuk wad. Suami cakap "Thank you sayang bagi i anak.".  ^__^

Doc & nurse kat Hosp. Sungai Petani memang bagus. Aku duduk bilik 1st class. Berdua je ngan baby. Duduk semalam je. Beraya di hospital. Yeeehaaa. Baby nak kuar sama bulan ngan mommy daddy. Mommy 14/8. Daddy 3/8. Adam Rayyan 31/8. I love you sayang(my husband), i love you baby.


6. Pesanan kepada ibu mengandung yang lain :

  • makan banyak2 sebelum nak beranak tu. Eloknya sebelum sakit. Sebabnya bila dah sakit, xrasa nak makan dah. Kita xtau kita nak amik masa berapa lama. Ada yg sekejap, ada yang lama. Bila lama sangat, u dah xde energy tuk meneran. Huhuhuu 
  • sila lah pergi kelas tuk belajar mcm mane nak meneran. Bersiap sedia. Memang la bila dah sakit kita xigt apa2. At least u know how to push. Klu salah push baby nnt yg nak keluar tu boleh masuk balik. Ada kes yg baby masuk ke dalam terus, xmasuk kat jalan keluar tu. Pastu kene oprate la jawabnya.
  • please please please saya merayu sangat2, jgn la bg bby susu formula. Die baru nak survive. Susu ibu is the best. Sedih saya bila dapat tau ibu2 bg SF. Memang la kebanyakan ibu, susu yg mula2 tu xde. Actually bukan xde, susu first  tu pekat, jadi bila pekat die tersumbat kat liang2 susu menyebabkan susu tu susah nak keluar. Cara nk bg susu keluar, u all isi air suam dlm botol, tuam kat breast. Nnt automatik baju korang akan basah. Bby boleh tahan xmakan apa2 24jam lepas kuar ke dunia. Susu badan ni akan keluar dgn cepat bila bby kuat isap. Bg je bby isap. Klu bby nangis, peluk baby. Bg die rasa selamat. Panas dlm pelukan ibu. Bukan nangis sbb lapar jer..hehehe
  • ni saya nak share, ms 1st checkup kat gov, nurse tanya nak breastfeed(BF) ke bg SF? Saya ckp nak  BF smpi anak 2 tahun. Nurse tu ckp, ok awak jgn fikir awak nak beli susu apa ke anak, set mind nak fully BF. Pastu malam2 suh suami awak urut belakang. Urut kat urat belikat tu. So itu jela yg saya amalkan. Niat & malam2 suami urut belakang semasa pregnant. Alhamdulillah sampai still BF adik Adam Rayyan yg berusia 9mo++..abang setahun 2bulan sahaja sebab susu drop bila daddy nak bagi Adam Rayyan kawan. 

Ceritera Irrayyan hari ini. Kami pergi ke Pasar Seksyen 6 Shah Alam. Restock ikan. 


Anak ini very sporting kan. Hehehee peace!!! Mommy cerita pasal kelahiran dia lah. Adam Rayyan. Dah besar panjang anak mommy ni. :)


Santapan tengahari ini. 


Anakanda Anis Insyirah. Rajin berlatih berdiri hari ni. Caiyok caiyok baby!!! 


Permata hati mommy daddy. We love you! 

Selamat malam semua.


Mommy Irra
13/5/2014

4 comments:

  1. horror gk eh....dh 8cm pn kne hntr ke hospital lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...xboleh nk teran..kepala baby dah rasa...sbb doktor suh pgg kepala baby..kira bukaan da penuh la..anak pertama sama kot..da la sakit lama..

      Delete
  2. blh pula kena tukar2 hospital ye.. erm.. macam2.. syukur baby selamat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hospital baling takde pakar. Sebab tu kena pindah hospital. Pengalaman pertama ni seram. Tapi bila baby keluar, hilang semua rasa sakit. Baby alhamdulillah sihat. Mommy dia darah O+. Dua2 anak warded sbb jaundise. Huhu xsuka tdo hospital

      Delete