Diet Alkali ⇔ Alkaline Diet

Salam. Pesakit ekzema akan menderita kegatalan. Maka, ibu menyusu terlibat sama dalam perihal pemakanan seharian kerana kesannya akan dirasai oleh bayi setelah menyusu. Anis Insyirah berumur 10bulan++ dan masih menyusu badan sepenuhnya. 

Ini lah yg mommy buat untuk alkaline diet. Diet bukan bererti tak boleh makan semua benda. U kena tahu apa yg boleh di makan. Apa yg tak boleh di makan. Dan kenapa xboleh makan. Nak cerita pon panjang lebar. Jadi ringkasan cerita seperti berikut: 



1. beras putih tukar kepada beras rebus/perang. Sekarang mommy sekeluarga amalkan beras rebus Bombei. Tesco RM25.90/5kg. Giant RM20.90/5kg. 


2. gula putih tukar kepada gula organik. RM5.99/500g.

3. garam putih tukar kepada garam bukit himalaya kaler pink. Boleh didapati di Tesco/Giant.

4. tumis sayur guna olive oil. Sayur pon jadi lebih sedap.

5. goreng2 guna minyak Alif, Vesawit, Saji. JANGAN BELI MINYAK PAKET (tinggi HVO). 

6. kekacang xyah makan lagi. Trigger kegatalan.

7. ayam & daging lembu JANGAN makan. Ayam kampung yang xde suntik antibiotik boleh . Daging kambing boleh. 

8. Ikan gatal JANGAN makan. Yg boleh makan. Ikan selar, ikan merah, ikan siakap, ikan gelama. Yg ni kalau tanya kat penjual ikan, mereka tahu ikan apa yg gatal & tak gatal. 

9. Ganti tepung gandum putih dengan tepung atta @ wholemeal wheat flour. Elak tepung gandum yang ada bahan peluntur atau pemutih benzoyl peroxide. Contoh tepung gandum putih yg BEBAS bahan pemutih benzoyl peroxide spt Tepeng Gandum 'FAIZA', 'BIDARA', 'CEMPAKA' yg berlabel bebas bahan pemutih benzoyl peroxide.

10. Sayur pilih yg kurang racun atau "organic". Klu sayur tak organik, rendam dlm air garam 5min.

11. JANGAN makan makanan/minuman 3 in 1. Milo/horlicks pon tak boleh.

12. Buah. Elak makan buah diperam karbait

13. Buah kurma, buah kismis, kurma merah, buah tin, buah delima yang asli bagus untuk kesihatan.


14. Buah betik, pisang (bebas karbaid), ulam pegaga, ulam raja, daun selom, daun ketumbar, saderi, daun sup juga bagus. Lebih baik pilih buah dan sayuran tempatan kerana buah & sayuran import mengandungi ubat atau bahan kimia untuk elak daripada serangan kulat & serangga perosak supaya tahan lebih lama.

15. Air, kalau boleh guna air bertapis. Air zam-zam sangat bagus. Recommended air mineral Bleu tudung biru kaya dgn alkali.

16. processes food tak boleh. Seperti kicap, sos, makanan segera. 


Klu ikut semua yg atas. InsyaAllah. Boleh kurang gatal. Baby tak flare up dan boleh baik tanpa gangguan. Natural healing xleh cepat baik macam ubat moden. Yg penting sabar. Doa. InsyaAllah الله permudahkan.

Mommy nak share apa yg mommy makan seharian. Jajan: roti gardenia kosong. Yes ada gluten! Gluten is secondary factor.. Alhamdulillah bila makan gardenia anis xflare up.. So boleh la makan.. Nak ke mana pon mmg akan bawak bekal roti gardenia & air masak. Lunch & dinner: nasi beras rebus + ikan selar bakar(2bulan pertama)/ikan selar goreng/ikan siakap 3rasa(sebulan sekali)


Seminggu sekali-2x makan khabsah lamb. Dulu ni mommy xmakan kambing. Semua berubah kerana Anakanda Tercinta.


Kalau terlebih rajin mommy buat roti arab.


Coklat yg mommy boleh makan.


Ceritera Irrayyan. Anak2 mommy hari ini. :)


Aunty Lela jiran sebelah rumah melayan Adam Rayyan petang tadi. Muka sweet pakai bunga pulak. Hehehee


Happy sebab dapat garu. Hahahaaa anak dara sorang ni da dapat habit menggaru. Semoga cepat-cepat hilang kegatalan. Cepat sembuh sayang. Mommy daddy abang Adam Rayyan sayang Anis Insyirah!


Mommy Irra
9/4/2014


#ni tuk mommy punya diet naaa...bukan baby...baby punya diet mommy xbuka cerita lagi...mommy pon xsimply memandai buat ringkasan ni...mommy berguru dgn En Nizam Herbalist...semua mommy tanya en nizam...sbb en Nizam seorang herbalist & pakar pasal pemakanan...xperlu la mommy nak study detail secara saintific dan bla bla bla...suh en Nizam terang & mommy boleh terima...klu nak terang semula apa yg en Nizam terangkan tu mommy nak kena jadi en Nizam laa...hihihi saya masih mommy Adam Rayyan & Anis Insyirah...kalau sesiapa berminat nak tau secara lanjut boleh hubungi en Nizam..

4 comments:

  1. Saya encik nizam herba shakleee...

    ReplyDelete
  2. Saya sokong semua ini sebab saya shakleean... kalau tak sebab ekzema pun , memang kena jadi amalan pun

    ReplyDelete
  3. ummul nk amalkan semua di atas mcm irra..nk recover from enzema..hm..

    ReplyDelete
  4. erk..mommy pun diet? comel2 pun nak diet erk mommy?..heheh

    ReplyDelete